PENDAFTARAN GAMBAR MAJLIS KONVOKESYEN AKADEMI LITERASI AL-QURAN SELANGOR 2026

PENDAFTARAN GAMBAR MAJLIS KONVOKESYEN AKADEMI LITERASI AL-QURAN SELANGOR 2026

Tahniah!

PROSEDUR PENTING UNTUK GAMBAR PENTAS

  1. Graduan akan menerima Slip Rujukan Gambar Pentas selepas menerima skrol di atas pentas.

  2. Simpan Slip Rujukan tersebut dan tinggalkan borang alamat di tempat duduk anda.

  3. Graduan yang berminat untuk mendapatkan foto graduasi boleh memilih pakej yang disediakan dan membuat bayaran mengikut pakej pilihan.

  4. Sila ambil perhatian: Tiada foto graduasi akan diproses atau diserahkan tanpa bayaran.

PROSEDUR PENTING UNTUK GAMBAR STUDIO

  1. Pilih pakej fotografi yang anda inginkan.

  2. Lengkapkan borang maklumat pelanggan.

  3. Buat bayaran penuh sebelum sesi fotografi studio anda.

  4. Terus ke studio untuk sesi fotografi anda.

  5. Simpan salinan resit pembayaran anda untuk rujukan masa hadapan dan pengambilan gambar.

Sila Ambil Perhatian

  • Tiada sesi fotografi studio akan dijalankan tanpa bayaran penuh.

  • BORANG ALAMAT YANG DIBERIKAN PERLU DI ISI DAN TINGGALKAN DI TEMPAT DUDUK WALAUPUN MENEMPAH PAKEJ SECARA ONLINE
  • Tarikh akhir untuk fotografi studio ialah 16 Ogos 2026.


Polisi Pemulangan Wang (Refund)

  1. Bagi kes kesilapan dalam pembelian pakej, seperti tersalah membeli pakej foto tambahan sedangkan foto telah termasuk dalam yuran yang dibayar, permohonan pemulangan wang (refund) hendaklah dikemukakan dalam tempoh sepuluh (10) hari dari tarikh transaksi. Permohonan yang diterima selepas tempoh tersebut tidak akan diproses atau dilayan.

  2. Bagi permohonan pemulangan wang (refund) atas sebab lain, termasuk perubahan fikiran atau pembatalan pembelian, permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh transaksi. Sebarang permohonan yang diterima selepas tempoh tersebut tidak akan diproses atau dilayan. Kelulusan refund adalah tertakluk kepada pertimbangan dan keputusan pihak syarikat.

  3. Pihak syarikat akan berusaha untuk memproses dan menghantar foto dalam tempoh yang ditetapkan, iaitu selewat-lewatnya enam puluh (60) hari dari tarikh hari terakhir konvokesyen. Sekiranya foto tidak diproses oleh pihak syarikat dalam tempoh tersebut akibat kegagalan atau kecuaian pihak syarikat, pelanggan boleh memohon pemulangan wang dan permohonan tersebut akan dipertimbangkan oleh pihak syarikat.

  4. Sekiranya foto telah selesai diproses dan diserahkan kepada pihak penghantaran, sebarang kelewatan, kehilangan atau masalah penghantaran yang berpunca daripada pihak kurier bukan merupakan tanggungjawab pihak syarikat dan tidak melayakkan pelanggan untuk mendapatkan refund atas alasan kelewatan penghantaran.

  5. Sebarang permohonan pemulangan wang (refund) yang diluluskan akan dikenakan caj pengurusan sebanyak 5% daripada jumlah bayaran bagi pakej yang telah dibayar. Caj tersebut akan ditolak daripada jumlah pemulangan wang.

  6. Pemulangan wang (refund) yang telah diluluskan akan diproses dalam tempoh sehingga tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh kelulusan permohonan.

  7. Keputusan pihak syarikat berhubung kelulusan atau penolakan permohonan pemulangan wang adalah muktamad.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

INSA PADU GLOBAL SDN BHD

No 31, Jalan Asa 7, Taman Asa Jaya, 43000 Kajang, Selangor

Whatsapp: 019-409 4234

Email: sales@insaphoto.com

FB: fb.com/insaphotozoom.ent


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
STAGE PHOTO - Basic RM 30
STAGE PHOTO - Full Set RM 100
Monalisa Frame RM60 (FRAME ONLY)
STUDIO PHOTO - PREMIUM 1 RM 120
STUDIO PHOTO - PREMIUM 2 RM 170
STUDIO PHOTO - PREMIUM 3 RM 250
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

Log Masuk atau